Saturday, February 3, 2007

Bagaimana nak letak gambar


1. Cari gambar

2. Kenali lokasi gambar dalam disc mana

3. Click icon-add image

4. Browse image tadi

5. Pilih setting gambar left, center, right

6. Accept

7. Upload image

8. Done

Blog Kawan-kawan

Tiap-tiap hari hari bertuah

Alhamdulillah, hari ini, 4 Februari sambung belajar dalam Bengkel Penulisan Rencana. Setiba di makmal, Ir. Hjh Endok , Penunjuk ajar bengkel dan beberapa peserta iaitu Hidayah, Suriza dan Suraya telah bersedia untuk kelas hari ini. Komputer-komputer pun telah tersedia untuk kami guna. Apa lagi, kita bertambah semangat pada awal pagi yang bertuah ini.

Hjh Endok memulakan kelas untuk meraikan pelajar-pelajarnya yang bersemangat ini,"Hari ini kita akan bina blogspot masing-masing, tekan bebutang CREATE BLOGSPOT ..." Kami , pelajar-pelajar tekun mengikut arahannya, maklumlah nak lihat hasil kerja hari ini. Dalam beberapa minit, dah siap blogspot masing-masing, dengan nama yang hebat-hebat belaka.

Tengah khusyuk mengandam blogspot tiba-tiba Ros masuk dalam kelas dengan buku baru karya Hjh Dalilah, seorang 'revert' untuk dijual kepada kami. Harganya RM17.90. Saudara baru pun dah hasilkan buku, tak boleh jadi ni. Tuah ini mesti ku usahakan juga.